Catatan Yang Ditampilkan

SEMBANG WARUNG DI-HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera. saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 yang baru saja menj...

Selasa, 15 Mac 2016

Assalamualaikum,bertemu kembali kita diminggu ini,

Untuk minggu ini,saya akan menyambung kembali bab terakhir

berkenaan " Tanah Rezab Melayu "   adalah perkara biasa 

ramai yang tersilap anggap, yang tanah rizab melayu sama

maksud dengan " Lot  Bumiputra ",  pada hakikatnya  2 jenis


Hartanah ini ada beza yang ketara, tanah rizab melayu hanya

boleh dimiliki oleh orang melayu sahaja, nampak lebih kurang

sama,tapi  langsung tak serupa, tidak seperti lot bumiputra ,

tanah rizab melayu adalah hampir mustahil  untuk diubah kepada

bukan melayu , untuk hal tukar milik, hartanah yang sama nilai


dan saiz diperlukan untuk proses pengantian, dan sebelum perkara 

ini terlaksana, pihak exco akan periksa kawasan daerah untuk tanah

yang sesuai, 

(a) Antara ciri-ciri tambahan yang jadi beza antara tanah rizab melayu dengan

lot bumiputra, adalah Pemilik bumiputra tidak  di benarkan menyewa

hartanah  diatas tanah rizab melayu kepada golongan yang bukan melayu

(b) Semua perniagaan yang dijalankan atas tanah rizab melayu mesti 

dimiliki oleh orang melayu.

(c) Syarikat yang diniagakan secara awam mesti di miliki pemegang saham

hanya melayu sahaja.


Dengan maklumat dan perkongsian yang tak seberapa ini, dapatlah kita

sedikit sebanyak dapat juga membantu untuk memahami berkenaan 

ciri-ciri hartanah dimalaysia ini.  


Nota; Walau bagaimana pun, lagi bagus jika pihak yang berkenaan 

boleh pergi terus kepejabat tanah untuk dapatkan maklumat yang 

terkini lebih lanjut tentang hartanah tersebut.

Sekian, saya sudahi salamualaikum warah matullahiwabarakatuh.
























Jumaat, 11 Mac 2016



Assalamualaikum, kita bertemu kembali untuk entri minggu ini.

Untuk bab" diskaun bumiputra pula " adalah seperti berikut;

(1) Pembelian hartanah berstatus "lot  bumiputra" oleh warga 

bumiputra, tertakluk kepada diskaun bumiputra ( mencapai 

sehingga 15% drpd harga  jualan asal ) walau bagaimana pun

peratusan ini berbeza antara satu negeri dengan satu negeri yang 

lain dalam malaysia ini, 


Biasanya, masa harta dalam proses pembinaan, pihak pemaju 

( ini berdasarkan kebenaran drpd kerajaan negeri ) akan tetapkan 

beberapa unit sebagai lot bumiputra. Unit ini akan dipaparkan untuk

hanya dijual kepada golongan bumipura sahaja.Tapi ada masalah lain 

pula, dan ia berkait dengan kekurangan permintaan daripada golongan bumiputra.



(2) Ini yang menjadi sebab utama pihak pemaju sukar hendak  menjual unit tersebut

untuk elakkan kerugian dan penalti daripada pihak berkuasa.dan untuk atasi masalah

ini, pihak pemaju akan kumpulkan senarai pembeli bumiputra, kemudian baru tetapkan

jumlah unit untuk lot bumiputra, cara ini lebih selamat dan mudah untuk pemaju buat.

( Diskaun Bumiputra ) akan digunakan dalam pembelian setelah mendapat kebenaran

daripada pihak pembeli.

Nota: Ini bergantung dimana lokasi hartanah,unit bumiputra mungkin lebih susah

dijual sebab ianya hanya terhad untuk golongan " bumiputra sahaja. "

Atas sebab ini, ramai bumipura ( terutama sekali pelabur hartanah ) tidak mahu

beli unit ini. Kekurangan daripada segi permintaan, jadi sebab harga unit harta 

ini kekal rendah.Walau pun harga hartanah lain ( bukan lot bumiputra) meningkat

secara mendadak ,harga lot bumiputra akan kekal rendah.jika meningkat pun ia

meningkat secara perlahan-lahan. Kita akan bersambung pula bab yang terakhir

" Tanah Rizab Melayu " dikeluaran minggu hadapan, sekian coretan saya minggu,

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.



















   

Jumaat, 4 Mac 2016

sembang warung dihujung tanjung

Assalamualaikum,bertemu kembali dan saya sambung dari entri yang lepas.

Berikutnya surat pemilikan tanah tak semestinya disahkan 

sebagai lot bumiputra, ia amat jarang untuk disahkan dalam

perjanjian jual beli ( S & P ). 

Adalah baik untuk pihak pembeli minta bantuan peguam

untuk buat semakan semula dipejabat tanah, ini bermaksud

tiada polisi atau perundangan untuk menjual dalam pasaran
ke-2.


Oleh sebab ini, ada beberapa masalah yang sering dihadapi oleh

pemilik lot bumiputra bila mereka nak jual hartanah.

Salah satu masalah biasa adalah pejabat tanah akan menolak

permohonan untuk pindah pemilikan daripada bumiputra kepada

pembeli bukan bumiputra.


Nota tambahan; 

(1) Unit pajakan ada perundangan yang lebih ketat, berbanding pegangan

bebas oleh pejabat tanah.

(2) Adalah perkara biasa apabila permohonan untuk pindah milik daripada

bumiputra,kepada bukan bumiputra ditolak oleh pejabat tanah. walau pun

unit itu bukan lot bumiputra.

Diminggu hadapan kita masuk pula bab " Diskaun Bumiputra."


Lagi tips kelebihan dan kekuatan ayat al-fatihah,

Siapa-siapa yang mandul tidak dapat anak selama ia berkahwin dan suka

pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan 

membaca surat al-fatihah sebagaimana kaedah seperti dibawah ini,


 Hendaklah membaca fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari, dengan

tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya,

 "masanya ialah diantara sunat subuh dan fardhu subuh."

Mudah-mudahan usaha kita itu dengan penuh yakin, diberkati allah jua hendaknya.

Amin-amin-amin ya rabbal alaamin.Wassalamualaikum warah matullahiwabarakatuh.



























Jumaat, 19 Februari 2016

Sembang Warung Dihujung Tanjung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bertemu kembali berkenaan " lot Bumiputra " minggu lepas,

Nota; untuk situasi yang berbeza lot bumiputra boleh ditukar

" status " dan dijual kepada bukan bumiputra, walau bagaimana

pun ia tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu di-ikuti seperti;


( a ) memohon kebenaran untuk tukar status atas alasan yang kukuh

( seperti tak ada permintaan atas lot tersebut pada tahun lepas atau

lain-lain alasan yang berkaitan ) di pejabat tanah.

( b ) buat rayuan kepada pejabat tanah kalau permohonan pertama 
ditolak.

( c ) membayar semula kepada pemaju " Diskaun Bumiputra " dari

harga belian asal.

Nota: Pembeli juga kena tahu yang unit bumiputra yang dah dijual

tak akan kekal sebagai unit " Bukan Bumiputra " dan sekiranya ada

ada pihak yang membeli dan dia nak jual pada pembeli yang bukan

bumiputra, dia perlu memohon kebenaran balik semula dipejabat tanah.

Bersambung kembali minggu depan,seperti biasa adalah tips-tips akan

kelebihan & kekuatan surah al-fatihah;

Barang siapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang

sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali, maka tidak ia,

(1) Meminta pangkat melainkan ia dapat.

(2) Ia sakit melainkan disembuhkan allah.

(3) Ia lemah melainkan dikuatkan allah.

(4) Ia berhutang malainkan dibayar allah akan hutangnya.

(5) Ia berniaga melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-citanya
      jika banyak bersabar.

Wallahualam,sekian coretan dan tips-tips yang disampaikan sebagai usaha

sedikit sedekah untuk minggu ini.wassalamualaikum.......

      
      













Rabu, 3 Februari 2016


 Assalamualaikum,kepada sidang pembaca sekelian,

Bertemu kembali kita pada entri minggu ini, tuan-tuan saya

ingin menyambung kembali berkenaan apa yang dinamakan

" maksud lot bumiputra " tuan-tuan lot bumiputra adalah unit


atau hartanah yang boleh di beli oleh golongan bumiputra sahaja

hartanah jenis ini bagus untuk pembeli jangka masa panjang, sebab

kebanyakan dari mereka ini tak ada niat nak jual hartanah ini dalam

 masa terdekat ini mungkin disebabkan  ada beberapa sebab-sebab antaranya


(a) kekurangan permintaan dipasaran terhadap hartanah tersebut.

(b) Hartanah ini khas untuk golongan bumiputra sahaja

(c) harga hartanah ini lambat naik

(d) Ia tak sesuai untuk pelaburan jangka masa pendek sebab tak beri kadar

keuntungan yang besar.

(e) Ada halangan drpd pejabat tanah untuk jual hartanah ini kepada golongan

bukan bumiputra ( cukup setakat ini sahaja,dan akan bersambung diminggu hadapan )

Seperti biasa, lagi kelebihan dan kekuatan akan ayat Al-Fatehah yang kebanyakan

orang terlepas pandang ( mungkin terlebih tumpu akan masalah dunia )

Kelebihan AL-Fatehah sebagai minyak urutan untuk seluruh anggota badan.

(1) ambil minyak yang tidak mengandongi sebarang alkohol

(2) Dibaca dipermukaan botol sebanyak 70 kali ( tudungnya hendaklah dibuka )

(3) selesai membaca lalu ditiupkan kedalam minyak tersebut.

kegunaanya: urutan untuk menguatkan urat saraf / sakit belakang/sakit pinggang

dan pelbagai kegunaanya lagi melibatkan anggota badan.

dan saya akhiri selawat dan salam keatas baginda rasullah s.w.t keluarganya dan seluruh

para sahabatnya sekelian, AMIN YA RABBAL ALAMIN.












Isnin, 25 Januari 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


keluaran entry kali ini saya hendak bercerita pula berkenaan
hartanah di negara kita malaysia ini.menurut satu sumber
definasi hartanah terutama tanah lot banglo, tanah kosong,
rumah-rumah taman atau kampong ia menjadi begitu komplek

akan terma-terma seperti " istilah lot bumiputra, diskaun bumiputra,
kuota bumiputra, dan akhir tanah rezab melayu. mungkin ramai antara
kita menjadi begitu terkeliru bila hendak membeli akan hartanah tersebut.
baik mari kita mempelajari satu persatu istilah-istilah berikut;

1) Apakah yang di maksudkan " kuota bumiputra " 
 menurut DEB ( DASAR EKONOMI BUMIPUTRA ) undang-undangumip
lot kuota bumiputra ini,ujud dengan tujuan untuk tingkat peratus
penguasaan bumiputra dalam pemilikan hartanah,berapa peratus
kah nak kena capai! bermula dari tahun 1971 pihak pemaju perlu
beri peruntukan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah 

keseluruhan unit ( tak kira hartanah kediaman atau komersial )
pada bumiputra. menurut undang-undang malaysia,pihak berkuasa 
negeri diberi kuasa penuh untuk uruskan isu berkaitan hartanah.
Jadi peratusan diskaun  bumiputra untuk negeri-negeri semenanjung
malaysia ( terlalu panjang kalau nak diceritakan disini) jadi sila rujuk
BLOG LOAN STREET ini bakal mencerahkan akan pemahaman kita.
2) Apakah pula maksud " lot bumiputra " akan bersambung 
entry minggu depan.

Lagi tips surah Al-Fatehah:  KERANA MINTA HAJAT.

Siapa-siapa ada hajat, hendaklah ia membaca surah al-fatehah 

sebanyak 41 kali,( selepas sembahyang magrib ) dan jangan 

bergerak dari tempat duduknya ,sehingga selesai membaca 

menurut bilangan tersebut (41 kali).

setelah selesai, maka bermohonlah kepada allah akan apa yang
dihajatkan.

* Insya allah diqabulkan.

* Amalan ini telah dibuat dengan mujarabnya.

sekian, kita berjumpa lagi dilain entry minggu depan.

"MUDAH-MUDAHAN PANJANG  UMUR, SIHAT WALAFIAT,MURAH REZEKI.
AMIIN.
















Ahad, 17 Januari 2016

SEMBANG WARUNG DI HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan berjumpa kembali,

Pada lebaran kali ini, saya akan menyambung kembali pengalaman En. Amran
ketika terpedaya pada saorang bomoh atau lebih di kenali sebagai "MASTER."
menurut beliau, kisah pertama berlaku pada tahun 2010 apabila dia mencuba 
nasib untuk mendapatkan khidmat master tersebut kerana terpesona akan 

Risalah yang diedarkan kerumah beliau, katanya ketika itu dia tidak mengesyaki
apa-apa hinggalah nombor 4d yang dibelinya" tidak naik" manakala wang yang di-
cagarkan untuk " proses tilikan "tidak dikembalikan semula kepadanya sebagaimana 
sepatutnya  mengikut  perjanjian.

Saya cuba menghubunginya mengikut nombor yang tertera dirisalah berkenaan,
namun sebaliknya saya diminta membayar amaun tertentu bagi proses seterusnys
yang telah ditetapkan sehingga keseluruhanya mencecah kira-kira RM1,000
namun,saya diperdaya kerana janji asal sepatutnya saya menerima kembali wang
 
proses tilikan jika "nombor tidak naik." Walau pun pernah terpedaya pada kali petama
dulu,namun amran tidak pernah serik sebaliknya mencuba lagi pada master yang sama
pada kali ini pula beliau kerugian lebih besar lagi iaitu sebanyak RM2,800 dan pada
peringkat akhir ia meminta lagi sebanyak RM2,450 namun saya sudah tidak ada duit

dan cuba menghubungi "MASTER" tersebut untuk menyuruhnya menyerahkan 
"tiket kemenangan saya yang kononnya berjumlah RM1.8 juta terlebih dahulu.
Malangnya sehingga saat ini saya gagal menghubunginya selain nombor telephone
yang sering bertukar ganti.Dia juga turut memberi saya beberapa nombor akaun 

yang berbeza.Begitulah kisah yang telah terjadi kepada En.Amran semoga kisah ini 
menjadi tauladan kepada kita dan masyarakat.Berikut sebagaimana yang saya janjikan 
pada lebaran yang lalu saya perturunkan tips-tips akan kelebihan ayat-ayat dari surah
al-fatehah untuk digunakan sebagai ayat penerang hati,terutama pada anak-anak dan

para pelajar kita. 

JIKA DIBACAKAN AL-FATEHAH :

(1)  70 KALI SEHARI
(2) SELAMA  7 HARI 
(3) PADA SEGELAS ATAU SATU BIJANA YANG BERISI AIR(AIR BERSIH)
(4) KEMUDIAN DIHEMBUS KEDALAM AIR TERSEBUT DAN DIBERI MINUM
      PADA SESIAPA YANG KURANG BAIK OTAK NYA(LAMBAT PEMAHAMANYA)
      INSYAALLAH DIBUKAKAN ALLAH PINTU HATINYA,DAN DIBERIKAN KEPADA
      NYA KEFAHAMAN SERTA PENGETAHUAN DAN MENJADI SEORANG YANG
      PENGINGAT. Sekian coretan saya pada kali ini,dilain masa kita ketemu lagi,wassalam.











Jumaat, 15 Januari 2016

SEMBANG WARUNG DI HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berjumpa kembali,untuk pertama kali didalam coretan saya
coretan saya minggu ini adalah berkenaan isu penipuan
didalam risalah-risalah 4D nombor ekor yang kerap diedarkan
dan semakin  galak dan menjadi-jadi dari rumah ke rumah
sejak ke belakangan ini.

Risalah-risalah yang diedarkan oleh kanak-kanak (Ambil Upah)
tidak mengambil kira sama ada rumah tersebut di huni oleh
penganut beragama islam atau bukan islam dan si pengedar tidak
mengambil sensiviti masyarakat asalkan dicampakan saja didalam
sampul surat (peduli apa ) asal selesai sudah kerja aku.

Risalah-risalah seumpama ini boleh menjadi infak dan boleh
mempengaruhi sipenerima terutama orang-orang yang terdesak
(orang islam) dalam masalah kewangan.terutama taraf hidup
dewasa ini.

Banyak contoh-contoh yang sudah berlaku sejak kebelakangan ini
sebagai mana yang diceritakan oleh simangsa seorang operator kilang
yang hanya mahu di kenali sebagai Amran ,42,apabila mendakwa telah
kehilangan kira-kira RM3,800 selepas dua kali menjadi mangsa penipuan
"Sibomoh" nombor ekor.(maaf!!kesah ini akan di sambung keluaran akan datang)
dan tips-tips kelebihan ayat al-fatehah sebagai "ayat penerang hati".
sekian sahaja coretan saya pada ketika ini.wassalam.






Selasa, 12 Januari 2016

SEMBANG WARUNG DI-HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera.

saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 yang baru saja
menjelang tiba.dan sudah pastilah pada sesiapa saja mempunyai azam baru,semangat baru yang
mungkin akan lebih baik lagi dari tahun lepas.terutamanya keazaman untuk meningkatkan lagi
taraf ekonomi kita dimasa taraf inflasi semakin meningkat dan mencabar dewasa ini.
saya rasa setakat ini saja-lah coreta saya buat masa ini dan dilain masa kita ketemu lagi
di lain lebaran.sekian dan selamat  maju jaya.Amin