Catatan Yang Ditampilkan

SEMBANG WARUNG DI-HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera. saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 yang baru saja menj...

Selasa, 15 Mac 2016

Assalamualaikum,bertemu kembali kita diminggu ini,

Untuk minggu ini,saya akan menyambung kembali bab terakhir

berkenaan " Tanah Rezab Melayu "   adalah perkara biasa 

ramai yang tersilap anggap, yang tanah rizab melayu sama

maksud dengan " Lot  Bumiputra ",  pada hakikatnya  2 jenis


Hartanah ini ada beza yang ketara, tanah rizab melayu hanya

boleh dimiliki oleh orang melayu sahaja, nampak lebih kurang

sama,tapi  langsung tak serupa, tidak seperti lot bumiputra ,

tanah rizab melayu adalah hampir mustahil  untuk diubah kepada

bukan melayu , untuk hal tukar milik, hartanah yang sama nilai


dan saiz diperlukan untuk proses pengantian, dan sebelum perkara 

ini terlaksana, pihak exco akan periksa kawasan daerah untuk tanah

yang sesuai, 

(a) Antara ciri-ciri tambahan yang jadi beza antara tanah rizab melayu dengan

lot bumiputra, adalah Pemilik bumiputra tidak  di benarkan menyewa

hartanah  diatas tanah rizab melayu kepada golongan yang bukan melayu

(b) Semua perniagaan yang dijalankan atas tanah rizab melayu mesti 

dimiliki oleh orang melayu.

(c) Syarikat yang diniagakan secara awam mesti di miliki pemegang saham

hanya melayu sahaja.


Dengan maklumat dan perkongsian yang tak seberapa ini, dapatlah kita

sedikit sebanyak dapat juga membantu untuk memahami berkenaan 

ciri-ciri hartanah dimalaysia ini.  


Nota; Walau bagaimana pun, lagi bagus jika pihak yang berkenaan 

boleh pergi terus kepejabat tanah untuk dapatkan maklumat yang 

terkini lebih lanjut tentang hartanah tersebut.

Sekian, saya sudahi salamualaikum warah matullahiwabarakatuh.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan