Assalamualaikum, kita bertemu kembali untuk entri minggu ini.
Untuk bab" diskaun bumiputra pula " adalah seperti berikut;
(1) Pembelian hartanah berstatus "lot bumiputra" oleh warga
bumiputra, tertakluk kepada diskaun bumiputra ( mencapai
sehingga 15% drpd harga jualan asal ) walau bagaimana pun
peratusan ini berbeza antara satu negeri dengan satu negeri yang
lain dalam malaysia ini,
Biasanya, masa harta dalam proses pembinaan, pihak pemaju
( ini berdasarkan kebenaran drpd kerajaan negeri ) akan tetapkan
beberapa unit sebagai lot bumiputra. Unit ini akan dipaparkan untuk
hanya dijual kepada golongan bumipura sahaja.Tapi ada masalah lain
pula, dan ia berkait dengan kekurangan permintaan daripada golongan bumiputra.
(2) Ini yang menjadi sebab utama pihak pemaju sukar hendak menjual unit tersebut
untuk elakkan kerugian dan penalti daripada pihak berkuasa.dan untuk atasi masalah
ini, pihak pemaju akan kumpulkan senarai pembeli bumiputra, kemudian baru tetapkan
jumlah unit untuk lot bumiputra, cara ini lebih selamat dan mudah untuk pemaju buat.
( Diskaun Bumiputra ) akan digunakan dalam pembelian setelah mendapat kebenaran
daripada pihak pembeli.
Nota: Ini bergantung dimana lokasi hartanah,unit bumiputra mungkin lebih susah
dijual sebab ianya hanya terhad untuk golongan " bumiputra sahaja. "
Atas sebab ini, ramai bumipura ( terutama sekali pelabur hartanah ) tidak mahu
beli unit ini. Kekurangan daripada segi permintaan, jadi sebab harga unit harta
ini kekal rendah.Walau pun harga hartanah lain ( bukan lot bumiputra) meningkat
secara mendadak ,harga lot bumiputra akan kekal rendah.jika meningkat pun ia
meningkat secara perlahan-lahan. Kita akan bersambung pula bab yang terakhir
" Tanah Rizab Melayu " dikeluaran minggu hadapan, sekian coretan saya minggu,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan