Catatan Yang Ditampilkan

SEMBANG WARUNG DI-HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera. saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 yang baru saja menj...

Isnin, 25 Januari 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


keluaran entry kali ini saya hendak bercerita pula berkenaan
hartanah di negara kita malaysia ini.menurut satu sumber
definasi hartanah terutama tanah lot banglo, tanah kosong,
rumah-rumah taman atau kampong ia menjadi begitu komplek

akan terma-terma seperti " istilah lot bumiputra, diskaun bumiputra,
kuota bumiputra, dan akhir tanah rezab melayu. mungkin ramai antara
kita menjadi begitu terkeliru bila hendak membeli akan hartanah tersebut.
baik mari kita mempelajari satu persatu istilah-istilah berikut;

1) Apakah yang di maksudkan " kuota bumiputra " 
 menurut DEB ( DASAR EKONOMI BUMIPUTRA ) undang-undangumip
lot kuota bumiputra ini,ujud dengan tujuan untuk tingkat peratus
penguasaan bumiputra dalam pemilikan hartanah,berapa peratus
kah nak kena capai! bermula dari tahun 1971 pihak pemaju perlu
beri peruntukan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah 

keseluruhan unit ( tak kira hartanah kediaman atau komersial )
pada bumiputra. menurut undang-undang malaysia,pihak berkuasa 
negeri diberi kuasa penuh untuk uruskan isu berkaitan hartanah.
Jadi peratusan diskaun  bumiputra untuk negeri-negeri semenanjung
malaysia ( terlalu panjang kalau nak diceritakan disini) jadi sila rujuk
BLOG LOAN STREET ini bakal mencerahkan akan pemahaman kita.
2) Apakah pula maksud " lot bumiputra " akan bersambung 
entry minggu depan.

Lagi tips surah Al-Fatehah:  KERANA MINTA HAJAT.

Siapa-siapa ada hajat, hendaklah ia membaca surah al-fatehah 

sebanyak 41 kali,( selepas sembahyang magrib ) dan jangan 

bergerak dari tempat duduknya ,sehingga selesai membaca 

menurut bilangan tersebut (41 kali).

setelah selesai, maka bermohonlah kepada allah akan apa yang
dihajatkan.

* Insya allah diqabulkan.

* Amalan ini telah dibuat dengan mujarabnya.

sekian, kita berjumpa lagi dilain entry minggu depan.

"MUDAH-MUDAHAN PANJANG  UMUR, SIHAT WALAFIAT,MURAH REZEKI.
AMIIN.
















Ahad, 17 Januari 2016

SEMBANG WARUNG DI HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan berjumpa kembali,

Pada lebaran kali ini, saya akan menyambung kembali pengalaman En. Amran
ketika terpedaya pada saorang bomoh atau lebih di kenali sebagai "MASTER."
menurut beliau, kisah pertama berlaku pada tahun 2010 apabila dia mencuba 
nasib untuk mendapatkan khidmat master tersebut kerana terpesona akan 

Risalah yang diedarkan kerumah beliau, katanya ketika itu dia tidak mengesyaki
apa-apa hinggalah nombor 4d yang dibelinya" tidak naik" manakala wang yang di-
cagarkan untuk " proses tilikan "tidak dikembalikan semula kepadanya sebagaimana 
sepatutnya  mengikut  perjanjian.

Saya cuba menghubunginya mengikut nombor yang tertera dirisalah berkenaan,
namun sebaliknya saya diminta membayar amaun tertentu bagi proses seterusnys
yang telah ditetapkan sehingga keseluruhanya mencecah kira-kira RM1,000
namun,saya diperdaya kerana janji asal sepatutnya saya menerima kembali wang
 
proses tilikan jika "nombor tidak naik." Walau pun pernah terpedaya pada kali petama
dulu,namun amran tidak pernah serik sebaliknya mencuba lagi pada master yang sama
pada kali ini pula beliau kerugian lebih besar lagi iaitu sebanyak RM2,800 dan pada
peringkat akhir ia meminta lagi sebanyak RM2,450 namun saya sudah tidak ada duit

dan cuba menghubungi "MASTER" tersebut untuk menyuruhnya menyerahkan 
"tiket kemenangan saya yang kononnya berjumlah RM1.8 juta terlebih dahulu.
Malangnya sehingga saat ini saya gagal menghubunginya selain nombor telephone
yang sering bertukar ganti.Dia juga turut memberi saya beberapa nombor akaun 

yang berbeza.Begitulah kisah yang telah terjadi kepada En.Amran semoga kisah ini 
menjadi tauladan kepada kita dan masyarakat.Berikut sebagaimana yang saya janjikan 
pada lebaran yang lalu saya perturunkan tips-tips akan kelebihan ayat-ayat dari surah
al-fatehah untuk digunakan sebagai ayat penerang hati,terutama pada anak-anak dan

para pelajar kita. 

JIKA DIBACAKAN AL-FATEHAH :

(1)  70 KALI SEHARI
(2) SELAMA  7 HARI 
(3) PADA SEGELAS ATAU SATU BIJANA YANG BERISI AIR(AIR BERSIH)
(4) KEMUDIAN DIHEMBUS KEDALAM AIR TERSEBUT DAN DIBERI MINUM
      PADA SESIAPA YANG KURANG BAIK OTAK NYA(LAMBAT PEMAHAMANYA)
      INSYAALLAH DIBUKAKAN ALLAH PINTU HATINYA,DAN DIBERIKAN KEPADA
      NYA KEFAHAMAN SERTA PENGETAHUAN DAN MENJADI SEORANG YANG
      PENGINGAT. Sekian coretan saya pada kali ini,dilain masa kita ketemu lagi,wassalam.











Jumaat, 15 Januari 2016

SEMBANG WARUNG DI HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berjumpa kembali,untuk pertama kali didalam coretan saya
coretan saya minggu ini adalah berkenaan isu penipuan
didalam risalah-risalah 4D nombor ekor yang kerap diedarkan
dan semakin  galak dan menjadi-jadi dari rumah ke rumah
sejak ke belakangan ini.

Risalah-risalah yang diedarkan oleh kanak-kanak (Ambil Upah)
tidak mengambil kira sama ada rumah tersebut di huni oleh
penganut beragama islam atau bukan islam dan si pengedar tidak
mengambil sensiviti masyarakat asalkan dicampakan saja didalam
sampul surat (peduli apa ) asal selesai sudah kerja aku.

Risalah-risalah seumpama ini boleh menjadi infak dan boleh
mempengaruhi sipenerima terutama orang-orang yang terdesak
(orang islam) dalam masalah kewangan.terutama taraf hidup
dewasa ini.

Banyak contoh-contoh yang sudah berlaku sejak kebelakangan ini
sebagai mana yang diceritakan oleh simangsa seorang operator kilang
yang hanya mahu di kenali sebagai Amran ,42,apabila mendakwa telah
kehilangan kira-kira RM3,800 selepas dua kali menjadi mangsa penipuan
"Sibomoh" nombor ekor.(maaf!!kesah ini akan di sambung keluaran akan datang)
dan tips-tips kelebihan ayat al-fatehah sebagai "ayat penerang hati".
sekian sahaja coretan saya pada ketika ini.wassalam.






Selasa, 12 Januari 2016

SEMBANG WARUNG DI-HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera.

saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 yang baru saja
menjelang tiba.dan sudah pastilah pada sesiapa saja mempunyai azam baru,semangat baru yang
mungkin akan lebih baik lagi dari tahun lepas.terutamanya keazaman untuk meningkatkan lagi
taraf ekonomi kita dimasa taraf inflasi semakin meningkat dan mencabar dewasa ini.
saya rasa setakat ini saja-lah coreta saya buat masa ini dan dilain masa kita ketemu lagi
di lain lebaran.sekian dan selamat  maju jaya.Amin