Catatan Yang Ditampilkan

SEMBANG WARUNG DI-HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera. saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 yang baru saja menj...

Ahad, 17 Januari 2016

SEMBANG WARUNG DI HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan berjumpa kembali,

Pada lebaran kali ini, saya akan menyambung kembali pengalaman En. Amran
ketika terpedaya pada saorang bomoh atau lebih di kenali sebagai "MASTER."
menurut beliau, kisah pertama berlaku pada tahun 2010 apabila dia mencuba 
nasib untuk mendapatkan khidmat master tersebut kerana terpesona akan 

Risalah yang diedarkan kerumah beliau, katanya ketika itu dia tidak mengesyaki
apa-apa hinggalah nombor 4d yang dibelinya" tidak naik" manakala wang yang di-
cagarkan untuk " proses tilikan "tidak dikembalikan semula kepadanya sebagaimana 
sepatutnya  mengikut  perjanjian.

Saya cuba menghubunginya mengikut nombor yang tertera dirisalah berkenaan,
namun sebaliknya saya diminta membayar amaun tertentu bagi proses seterusnys
yang telah ditetapkan sehingga keseluruhanya mencecah kira-kira RM1,000
namun,saya diperdaya kerana janji asal sepatutnya saya menerima kembali wang
 
proses tilikan jika "nombor tidak naik." Walau pun pernah terpedaya pada kali petama
dulu,namun amran tidak pernah serik sebaliknya mencuba lagi pada master yang sama
pada kali ini pula beliau kerugian lebih besar lagi iaitu sebanyak RM2,800 dan pada
peringkat akhir ia meminta lagi sebanyak RM2,450 namun saya sudah tidak ada duit

dan cuba menghubungi "MASTER" tersebut untuk menyuruhnya menyerahkan 
"tiket kemenangan saya yang kononnya berjumlah RM1.8 juta terlebih dahulu.
Malangnya sehingga saat ini saya gagal menghubunginya selain nombor telephone
yang sering bertukar ganti.Dia juga turut memberi saya beberapa nombor akaun 

yang berbeza.Begitulah kisah yang telah terjadi kepada En.Amran semoga kisah ini 
menjadi tauladan kepada kita dan masyarakat.Berikut sebagaimana yang saya janjikan 
pada lebaran yang lalu saya perturunkan tips-tips akan kelebihan ayat-ayat dari surah
al-fatehah untuk digunakan sebagai ayat penerang hati,terutama pada anak-anak dan

para pelajar kita. 

JIKA DIBACAKAN AL-FATEHAH :

(1)  70 KALI SEHARI
(2) SELAMA  7 HARI 
(3) PADA SEGELAS ATAU SATU BIJANA YANG BERISI AIR(AIR BERSIH)
(4) KEMUDIAN DIHEMBUS KEDALAM AIR TERSEBUT DAN DIBERI MINUM
      PADA SESIAPA YANG KURANG BAIK OTAK NYA(LAMBAT PEMAHAMANYA)
      INSYAALLAH DIBUKAKAN ALLAH PINTU HATINYA,DAN DIBERIKAN KEPADA
      NYA KEFAHAMAN SERTA PENGETAHUAN DAN MENJADI SEORANG YANG
      PENGINGAT. Sekian coretan saya pada kali ini,dilain masa kita ketemu lagi,wassalam.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan