Catatan Yang Ditampilkan

SEMBANG WARUNG DI-HUJUNG TANJUNG

Assalamualaikum,dan selamat sejahtera. saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 yang baru saja menj...

Selasa, 15 Mac 2016

Assalamualaikum,bertemu kembali kita diminggu ini,

Untuk minggu ini,saya akan menyambung kembali bab terakhir

berkenaan " Tanah Rezab Melayu "   adalah perkara biasa 

ramai yang tersilap anggap, yang tanah rizab melayu sama

maksud dengan " Lot  Bumiputra ",  pada hakikatnya  2 jenis


Hartanah ini ada beza yang ketara, tanah rizab melayu hanya

boleh dimiliki oleh orang melayu sahaja, nampak lebih kurang

sama,tapi  langsung tak serupa, tidak seperti lot bumiputra ,

tanah rizab melayu adalah hampir mustahil  untuk diubah kepada

bukan melayu , untuk hal tukar milik, hartanah yang sama nilai


dan saiz diperlukan untuk proses pengantian, dan sebelum perkara 

ini terlaksana, pihak exco akan periksa kawasan daerah untuk tanah

yang sesuai, 

(a) Antara ciri-ciri tambahan yang jadi beza antara tanah rizab melayu dengan

lot bumiputra, adalah Pemilik bumiputra tidak  di benarkan menyewa

hartanah  diatas tanah rizab melayu kepada golongan yang bukan melayu

(b) Semua perniagaan yang dijalankan atas tanah rizab melayu mesti 

dimiliki oleh orang melayu.

(c) Syarikat yang diniagakan secara awam mesti di miliki pemegang saham

hanya melayu sahaja.


Dengan maklumat dan perkongsian yang tak seberapa ini, dapatlah kita

sedikit sebanyak dapat juga membantu untuk memahami berkenaan 

ciri-ciri hartanah dimalaysia ini.  


Nota; Walau bagaimana pun, lagi bagus jika pihak yang berkenaan 

boleh pergi terus kepejabat tanah untuk dapatkan maklumat yang 

terkini lebih lanjut tentang hartanah tersebut.

Sekian, saya sudahi salamualaikum warah matullahiwabarakatuh.
























Jumaat, 11 Mac 2016



Assalamualaikum, kita bertemu kembali untuk entri minggu ini.

Untuk bab" diskaun bumiputra pula " adalah seperti berikut;

(1) Pembelian hartanah berstatus "lot  bumiputra" oleh warga 

bumiputra, tertakluk kepada diskaun bumiputra ( mencapai 

sehingga 15% drpd harga  jualan asal ) walau bagaimana pun

peratusan ini berbeza antara satu negeri dengan satu negeri yang 

lain dalam malaysia ini, 


Biasanya, masa harta dalam proses pembinaan, pihak pemaju 

( ini berdasarkan kebenaran drpd kerajaan negeri ) akan tetapkan 

beberapa unit sebagai lot bumiputra. Unit ini akan dipaparkan untuk

hanya dijual kepada golongan bumipura sahaja.Tapi ada masalah lain 

pula, dan ia berkait dengan kekurangan permintaan daripada golongan bumiputra.



(2) Ini yang menjadi sebab utama pihak pemaju sukar hendak  menjual unit tersebut

untuk elakkan kerugian dan penalti daripada pihak berkuasa.dan untuk atasi masalah

ini, pihak pemaju akan kumpulkan senarai pembeli bumiputra, kemudian baru tetapkan

jumlah unit untuk lot bumiputra, cara ini lebih selamat dan mudah untuk pemaju buat.

( Diskaun Bumiputra ) akan digunakan dalam pembelian setelah mendapat kebenaran

daripada pihak pembeli.

Nota: Ini bergantung dimana lokasi hartanah,unit bumiputra mungkin lebih susah

dijual sebab ianya hanya terhad untuk golongan " bumiputra sahaja. "

Atas sebab ini, ramai bumipura ( terutama sekali pelabur hartanah ) tidak mahu

beli unit ini. Kekurangan daripada segi permintaan, jadi sebab harga unit harta 

ini kekal rendah.Walau pun harga hartanah lain ( bukan lot bumiputra) meningkat

secara mendadak ,harga lot bumiputra akan kekal rendah.jika meningkat pun ia

meningkat secara perlahan-lahan. Kita akan bersambung pula bab yang terakhir

" Tanah Rizab Melayu " dikeluaran minggu hadapan, sekian coretan saya minggu,

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.



















   

Jumaat, 4 Mac 2016

sembang warung dihujung tanjung

Assalamualaikum,bertemu kembali dan saya sambung dari entri yang lepas.

Berikutnya surat pemilikan tanah tak semestinya disahkan 

sebagai lot bumiputra, ia amat jarang untuk disahkan dalam

perjanjian jual beli ( S & P ). 

Adalah baik untuk pihak pembeli minta bantuan peguam

untuk buat semakan semula dipejabat tanah, ini bermaksud

tiada polisi atau perundangan untuk menjual dalam pasaran
ke-2.


Oleh sebab ini, ada beberapa masalah yang sering dihadapi oleh

pemilik lot bumiputra bila mereka nak jual hartanah.

Salah satu masalah biasa adalah pejabat tanah akan menolak

permohonan untuk pindah pemilikan daripada bumiputra kepada

pembeli bukan bumiputra.


Nota tambahan; 

(1) Unit pajakan ada perundangan yang lebih ketat, berbanding pegangan

bebas oleh pejabat tanah.

(2) Adalah perkara biasa apabila permohonan untuk pindah milik daripada

bumiputra,kepada bukan bumiputra ditolak oleh pejabat tanah. walau pun

unit itu bukan lot bumiputra.

Diminggu hadapan kita masuk pula bab " Diskaun Bumiputra."


Lagi tips kelebihan dan kekuatan ayat al-fatihah,

Siapa-siapa yang mandul tidak dapat anak selama ia berkahwin dan suka

pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan 

membaca surat al-fatihah sebagaimana kaedah seperti dibawah ini,


 Hendaklah membaca fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari, dengan

tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya,

 "masanya ialah diantara sunat subuh dan fardhu subuh."

Mudah-mudahan usaha kita itu dengan penuh yakin, diberkati allah jua hendaknya.

Amin-amin-amin ya rabbal alaamin.Wassalamualaikum warah matullahiwabarakatuh.