Untuk minggu ini,saya akan menyambung kembali bab terakhir
berkenaan " Tanah Rezab Melayu " adalah perkara biasa
ramai yang tersilap anggap, yang tanah rizab melayu sama
maksud dengan " Lot Bumiputra ", pada hakikatnya 2 jenis
Hartanah ini ada beza yang ketara, tanah rizab melayu hanya
boleh dimiliki oleh orang melayu sahaja, nampak lebih kurang
sama,tapi langsung tak serupa, tidak seperti lot bumiputra ,
tanah rizab melayu adalah hampir mustahil untuk diubah kepada
bukan melayu , untuk hal tukar milik, hartanah yang sama nilai
dan saiz diperlukan untuk proses pengantian, dan sebelum perkara
ini terlaksana, pihak exco akan periksa kawasan daerah untuk tanah
yang sesuai,
(a) Antara ciri-ciri tambahan yang jadi beza antara tanah rizab melayu dengan
lot bumiputra, adalah Pemilik bumiputra tidak di benarkan menyewa
hartanah diatas tanah rizab melayu kepada golongan yang bukan melayu
(b) Semua perniagaan yang dijalankan atas tanah rizab melayu mesti
dimiliki oleh orang melayu.
(c) Syarikat yang diniagakan secara awam mesti di miliki pemegang saham
hanya melayu sahaja.
Dengan maklumat dan perkongsian yang tak seberapa ini, dapatlah kita
sedikit sebanyak dapat juga membantu untuk memahami berkenaan
ciri-ciri hartanah dimalaysia ini.
Nota; Walau bagaimana pun, lagi bagus jika pihak yang berkenaan
boleh pergi terus kepejabat tanah untuk dapatkan maklumat yang
terkini lebih lanjut tentang hartanah tersebut.
Sekian, saya sudahi salamualaikum warah matullahiwabarakatuh.